Assalamualaikum dan Selamat datang ke laman web GE6453 Pengeluaran dan Penggunaan Media Pengajaran.......

Laman Web GE6453   
Pengeluaran dan Penggunaan Media Pengajaran
Terima kasih anda adalah pelawat ke
 
Sinopsis    Objektif    Kandungan    Penilaian    Rujukan  Tenaga Pengajar   
Istilah Teknologi Maklumat
    Tugasan   
Pelajar   Link ke GE6573     Link ke Laman Rasmi Isham 

Sinopsis

Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan yang luas kepada pelajar tentang beberapa jenis dan aspek peneluaran dan penggunaan media pengajaran. Pelajar akan berpeluang mempelajari cara - cara mereka bentuk mengeluarkan dan menggunakan media seperti transparensi, pita video, pita audio, filem slaid, penulisan dan penerbitan radio dan T.V, komputer dan lain - lain media yang boleh digunakan di sekolah, institusi pengajian dan firma - firma. Teknik dan kemahiran menggunakan perkakasan juga akan dititikberatkan. Tumpuan juga akan diberikan kepada penulisan skrip, penyediaan fotografi, grafik dan percetakan ofset sesuai dengan bentuk media yang dipilih.

Objektif

Diakhir kursus ini, para pelajar akan dapat :

i. Memahami dengan jelas konsep - konsep media pengajaran serta dapat mengkelasifikasikan  jenis - jenis media tersebut.

ii. Mengenalpasti kaedah pengajaran dan strategi penghasilan media pengajaran

iii. Mengenalpasti kaedah dan strategi penghasilan media

iv. Mengintegrasikan penggunaan media sedia ada dengan perkembangan teknologi terkini.

Kandungan

i. Konsep media pengajaran dan pembelajaran serta penghasilannya.

ii. Pengkelasan media pengajaran keseluruhan domain pendidikan.

iii. Kaedah dan rekabentuk bahan dan sumber sebagai " media " dan kepentingannya dalam proses pengajaran - pembelajaran dan sistem komunikasi.

iv. Kaedah dan strategi dalam menghasilkan media pengajaran ; penghasilan bahan secara pendekatan sistem.

v. Kaedah dan strategi dalam merekabentukentuk mesej - mesej untuk pengajaran.

vi. Menghasilkan / menerbitkan pelbagai jenis bahan/media untuk pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian

Tugasan                      15%

Projek                         35%

Peperiksaan Akhir        50%

Rujukan

Agnew, P.W. 1996. Multimedia in the classroom. Boston : Allyn & Bacon.

Bullogh, S.R.Sr. 1998. Creating Instructional Materials. Ed ke-3. Columbus : Mcmillan
        Publisher.

Dale, E. 1964 & 1965. Audio Visual Methods in Teaching. New York : The Dryden
        Press.

Ellington, H. dan Race, P. 1993. Producing Teaching Materials : A Handbook for 
        Teachers.
Ed ke-2. NJ :  Nichols Pub.

Gagne, R. M. 1987. Instructional Technology : Foundation. New Jersey : Hillsdale.

Heinich, R. , Molenda, M. & Russell, J.D. 1996. Instructional Media and Technologies 
        For Learning.
  New Jersey : Prentice Hall.

Kemp, J.E. & Smellie, D.C. 1989. Planning, Producing and Using Instructional Media.
   
     New York : Harper & Row.

Percival, Fred, Ellington, Henry. 1994. Buku Panduan Teknologi Pendidikan (Terj.).  
        Dewan Bahasa  dan Pustaka : Kuala Lumpur.

Raja Sabaruddin Abdullah & Suliman Miskon. 1988. Panduan Teknologi Pendidikan.  
        Kuala Lumpur : Progressive Products Supply.

Romiszowski, A.J. 1974. The Selection and Use of Instructional Media. Kogan Page : 
        London.

Schramm, W.L. 1977. Big Media, Little Media : Tools and Technologies For Instruction.  
        Sage Publication : Beverly Hills.

Seels, B. & Glasgow, Z. 1990. Exercise in Instructional Design. Ohio : Merill 
        Publishing Co.

Semrau, P.1994. Using Interactive Video in Education. Boston : Allyn & Bacon.

Sujana Mohd Rejab. 1993. Fotografi. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn . Bhd.

Tenaga Pengajar

Nama            
Mohd Arif bin Ismail
Kelahiran   
Mersing, Johor
Jawatan     :   
a.   
Pensyarah Teknologi Pendidikan
b.   
Penyelaras Unit Teknologi Pendidikan,
       FakultiPendidikan, UKM 
c.    Naib Presiden,
Persatuan Teknologi Pendidikan
       Malaysia (PTPM)      

Alamat Pejabat :  
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan  Malaysia, 43600 UKM Bangi.
No. Telefon :  03- 89296274 (O), 013 3522 300 (H/P)
E-Mail          :   mdarif@ukm.

Pendidikan  :
Sedang menyiapkan Phd. dalam bidang Sumber & Teknologi Maklumat
M. Sc. Teknologi Pendidikan
Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling)
Diploma Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling)
Sijil Perguruan -  Pengajaran  Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (TESL)

Pengalaman :
Guru di beberapa buah sekolah di Negeri Pahang Darul Makmur
Kakitangan Sumber di Unit Teknologi, Jabatan Pendidikan Pahang dan Pusat Sumber
Pendidikan Negeri Pahang Darul Makmur
Pensyarah di  Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dan di Maktab Perguruan Islam, Bangi.

Bidang Pengkhususan :
Teknologi Pendidikan
Bimbingan & Kaunseling
Penerbitan Video dan Multimedia
 

Nama
En Mohd Jasmy Abd Rahman

Bidang
Teknologi Pendidikan

Email
mjas@pkrisc.cc.ukm.my 
Telefon
03 - 89296257
Kursus
http://ge2123.tripod.com/     
http://ge3402.users3.50megs.com/
http://www.geocities.com/koku5152/
http://www.geocities.com/psumber/
http://pkukmweb.ukm.my/~fpend/

 

Istilah Teknologi Maklumat

Penggunaan pelbagai media dan keupayaan dalam penciptaan, penyimpanan, pengendalian dan penyebaran maklumat.

Media Pengajaran

Ianya merujuk kepada audiovisual dan bahan berkaitan yang menghuraikan fungsi pengajaran dalam pendidikan dan latihan. Sifat media yang terpenting adalah seperti berikut:

Persembahan bergambar - fotografi atau grafik

Faktor saiz - bukan tayang atau tayang

Faktor warna - hitam dan putih atau warna penuh

Faktor pergerakan - pegun, gerakan atau gabungan kedua - duanya

Perhubungan gambar bunyi - gambar bisu atau gambar dengan bunyi

Faktor susunan - Visual dalam susunan linear atau dalam susunan berubah -ubah oleh pilihan pengguna.

 Tugasan

            Teori Pembelajaran dan Pengajaran

            Teori Moral

            Teori Komunikasi

            Galeri Foto Isham

            Projek Video Bangunan di UKM

Pelajar

           Kelas ini mempunyai tiga orang pelajar iaitu :

Isham Shah bin Hassan                    

Hj Mohd Azman bin Hj Mohd Akhir

Zuraida bt Yusof

sebarang masalah dan kemusykilan sila:
 

Reka Cipta Nurish Enterprise PPD
Hak Cipta Terpelihara

Friday, October 12, 2001 09:28:07 AM (Tarikh kemaskini)